Jenayah

Tahanan wanita terduduk meratapi anak bongsu buat kali terakhir

Ibu tahanan penjara dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anak lelaki bongsu yang berumur empat tahun buat kali terakhir.

Wanita tersebut masih menjalani hukuman di Penjara

Simpang Renggam, Kluang akibat penagihan dan pengedaran dadah.
Wanita berkenaan tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) 2:15 petang semalam dengan diiringi dua pegawai penjara.

Manakala bapa kanak-kanak tersebut sedang menjalani hukuman Penjara Sungai Udang, Melaka di atas kesalahan yang sama.

Mangsa merupakan anak bongsu dari 11 orang adik beradik, meninggal dunia selepas empat hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HIS.

Namun selepas menerima rawatan, akhirnya kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 25 Disember.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat keadaan kanak-kanak tersebut sangat menyayat hati.

“Jenazah mangsa sangat menyayat hati kerana hampir seluruh badan terdapat kecederaan dari kepala sehinggalah ke kaki, terdapat kesan dipukul di bahagian belakang dan di tusuk sama ada api atau benda yang panas di seluruh badan dan di atas kemaluan mangsa”, jelasnya.

Beliau juga tidak mampu untuk meneruskan sesi sidang media kerana sangat sedih untuk menceritakan keadaan mangsa.

Menurut maklumat, sebelum ini kanak-kanak tersebut pernah beberapa kali dijaga oleh Datuk Saudara, Ruslam Ahmad, 47, dari lahir selama tiga tahun sebelum diserahkan pada JKM.

Ruslam juga agak terkilan kerana tidak menyerahkan kanak-kanak tersebut di bawah jagaan JKM selepas Ibunya ditahan sekali lagi oleh pihak polis.

“Saya betul-betul terkilan. Kalau saya tahu perkara ini nak berlaku, memang saya saya akan simpan dia, tak mahu serahkan pada Ibunya dahulu ketika bebas.

“Saya diberitahu bahawa Ibunya sudah pulih, sudah dilepaskan dari tahanan dia juga mohon nak jaga anaknya semula, saya terus berbincang dengan JKM dan memberikannya peluang”, jelasnya.

Sebelum ini hampir setiap hari dia menghubungi Ibunya bertanya keadaan arwah dan keadaan arwah berada dalam keadaan baik namun lama kelamaan dia gagal hubungi Ibunya dan tidak tahu bahawa Ibunya di masukan semula ke penjara.

“Saya baharu dapat tahu yang ibu arwah ditahan semula dan dijaga oleh kakaknya, itupun selepas berita tentang kejadian arwah, benda sudah jadi, saya reda, biarlah saya yang menguruskan jenazah Lokman kerana saya sayangkannya sejak dari bayi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button