Ekonomi

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama edar baja perapi tanah- MAHA

KUMPULAN Taaveekun, syarikat baja terkenal, akan terus memperluaskan kerjasama dengan KPF Agro Properties Sdn. Bhd. dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di seluruh negara mulai awal tahun depan.

Presiden Kumpulan Taaveekun, Md. Fadzilah Ariffin berkata, kerjasama ini akan meningkatkan hasil tanaman dan memberikan pulangan yang lebih baik kepada anggota Koperasi Permodalan Felda melalui dividen yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Baja Taaveekun

Beliau yang juga Pengasas Taaveekun menjelaskan bahawa kerjasama ini akan diteruskan melalui anak syarikatnya, Taaveekun Total Green Sdn. Bhd. (TTGSB), dan akan melibatkan formulasi bersama FGV Fertilizer Sdn. Bhd., anak syarikat FGV Holdings Berhad (FGV).

“Sebelum ini, pihak TTGSB telah membekalkan lebih 70 ribu metrik tan perapi tanah (Taaveekun soil admenment) kepada KPF Agro Properties untuk diedarkan kepada ladang-ladang sawit terpilih di bawah kumpulan Felda seluruh negara mulai tahun 2022 dengan nilai kontrak RM100 juta.
“Susulan kejayaan peningkatan hasil tuaian sawit, kadar perahan minyak (OER) telah meningkat bagi pokok yang berjaya dipulihkan menggunakan kaedah Taaveekun.

“Justeru, kedua-dua pihak berhasrat meneruskan kerjasama untuk terus merawat dan memulihkan baki tanaman yang belum dirawat di ladang-ladang sawit di bawah Felda, FGV, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan ladang-ladang swasta yang telah dikenalpasti mulai tahun depan,” katanya kepada media sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa 2024 (MAHA 2024) di MAEPS di sini semalam.

Kedua-dua pihak berhasrat untuk meneruskan kerjasama ini dengan merawat dan memulihkan baki tanaman yang belum dirawat di ladang-ladang sawit di bawah Felda, FGV, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), dan ladang-ladang swasta yang telah dikenalpasti mulai tahun depan. Diumumkan semasa Pameran Pertanian Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa 2024 (MAHA 2024) di MAEPS.

Ketika ini, kilang Taaveekun di Bukit Kayu Hitam, Kedah, yang dikendalikan oleh Taaveekun Manufacturing Sdn. Bhd., mempunyai kapasiti pengeluaran lebih 200,000 metrik tan baja setiap tahun dan sentiasa bersedia untuk menerima tempahan.

Pengerusi KPF Agro Properties Sdn. Bhd., Datuk Ramli Ismail, menyatakan bahawa pihaknya mula tertarik dengan kaedah Taaveekun sejak tahun 2020 setelah melihat hasil positif dari percubaan. Beliau yakin kerjasama ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak kerana setiap pihak mempunyai kepakaran tersendiri.

Beliau turut mengakui bahawa KPF Agro Properties perlu bergerak lebih jauh dengan merancang untuk memiliki baja berlogo sendiri yang akan dibekalkan oleh Taaveekun, dengan sasaran untuk dijual kepada peneroka sawit yang telah keluar dari Felda. “Strategi ini lebih baik kerana peneroka yang keluar dari Felda tidak lagi mempunyai penasihat,” katanya. “Kita perlu mengadakan inisiatif dengan berbincang dan menggalakkan mereka menggunakan produk baja yang berkualiti untuk melihat hasil tanaman yang lebih baik.”

Sempena MAHA 2024, Taaveekun dan KPF Agro Properties berkongsi reruai untuk mengeratkan kerjasama dan menawarkan pelbagai produk baja Taaveekun dengan harga promosi istimewa kepada pengunjung. Bulan lalu, Taaveekun mencatat sejarah sebagai syarikat baja pertama di negara ini yang bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke arah pertanian lestari. Kerjasama ini melalui syarikat pemula inovasi UKM, Pertanian Bersih Sdn. Bhd. (PBSB), memfokuskan kepada penyelidikan berasaskan Harta Intelek UKM iaitu Teknologi Pertanian Bersih (CAT), yang merupakan sistem pertanian yang selamat dan bersepadu berdasarkan pengetahuan saintifik.

Sejak 20 tahun lalu, antara produk popular Taaveekun adalah perapi tanah (Soil Amendment) dan Smart Fertilizer. Taaveekun yang beribu pejabat di Kota Sarang Semut, Kedah, dan memiliki kilang pengeluaran di Bukit Kayu Hitam, turut membuka premis operasi di Hatyai, Thailand. Selain itu, Taaveekun telah bertapak di Brunei sejak enam tahun lalu dan sedang mencari peluang untuk memasuki pasaran Kemboja dan Indonesia.

Artikle Berkaitan :>

UMNO sedang menghadiahkan baja kepada Rafizi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button