Ekonomi

Sulaiman Tahir dilantik Pengerusi Bank Pembangunan

Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) mengumumkan pelantikan Datuk Sulaiman Mohd Tahir sebagai Pengerusi/Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang baharu, berkuat kuasa 20 Mac 2024.

Sulaiman membawa bersama beliau pelbagai pengalaman kepimpinan kanan yang menjangkau lebih tiga dekad dalam landskap kewangan Malaysia, termasuk tempoh beliau baru-baru ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Kumpulan AmBank.

“Bank Pembangunan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara sejak 50 tahun lalu. Saya bertuah kerana berpeluang berkhidmat dengan institusi yang begitu hebat dan dapat menyumbang kepada negara ini,” kata Sulaiman.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Pembangunan, Roni Abdulwahab berkata, ‘Bagi pihak pengurusan, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada Sulaiman.

“Kepimpinan dan bimbingan beliau sebagai Pengerusi akan memainkan peranan penting dalam mengemudi Bank Pembangunan ke arah mencapai objektif strategik kami dan menggalakkan pertumbuhan yang mampan, sambil kami menyampaikan modal impak untuk pembangunan negara. Kami tidak sabar untuk bekerja dengannya.” – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button