Banjir

Subang Parade komited pastikan keselamatan pengunjung dan penyewa selepas banjir kilat

Kuala Lumpur 6 Nov. – Subang Parade kini giat menguruskan kesan banjir kilat yang di luar jangkaan akibat hujan lebat semalam, 5 November 2023.

Pihak pengurusan pusat membeli-belah sedang bekerja keras menjalankan usaha bantuan banjir dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerjanya dalam tempoh yang mencabar ini.


Banjir kilat akibat hujan lebat itu berlaku semalam iaitu kira-kira pukul 5 petang dan menjejaskan bahagian tingkat bawah dan tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu.

Walaupun tiada sebarang laporan kecederaan, Subang Parade telah mengalami kerosakan di beberapa bahagian, termasuk stor, kawasan umum dan kemudahan parkirnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Property Services Sdn. Bhd. (Pengurus Harta Hektar REIT), Aldela Puspa Nordin berkata pihaknya komited untuk menjaga keselamatan dan kebajikan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka.

Related Articles

“Pasukan kami giat berusaha mengurangkan sebarang gangguan perniagaan dan mempercepatkan proses membaik pulih pusat beli-belah untuk kemudahan semua.
Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, untuk siasatan dan langkah mencegah berulangnya peristiwa yang tidak diingini seperti ini di masa akan datang,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah Subang Parade beroperasi kembali seperti biasa hari ini.

Subang Parade merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan dan masyarakat atas sokongan mereka dan kepada Jabatan Bomba & Penyelamat atas tindak balas pantas dan segera.

Aldela berkata, Subang Parade kini beroperasi seperti biasa selepas pekerja dan krew pembersihan membersihkan kawasan yang dilanda banjir. Tingkat Bawah, yang terjejas teruk, akan beroperasi sepenuhnya esok.

Subang Parade akan terus menyalurkan maklumat terkini mengenai situasi itu melalui platform media sosialnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button