Acara

SKM sumbang gazebo untuk Kampung Warna Warni

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyumbangkan sebuah gazebo kepada Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis baru-baru ini.

Upacara penyerahan kepada penduduk setempat itu disaksikan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah berkenan untuk berangkat memotong riben sebagai simbolik perasmian majlis.

Menyambut keberangkatan Baginda ialah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Sri Suriani Datuk Ahmad dan Pengerusi SKM Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (Bersara).

Sumbangan tersebut ialah sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) SKM bagi sama-sama membantu masyarakat setempat terutamanya dalam agenda pelancongan. Apatah lagi bagi meningkatkan kehadiran pelancong tempatan serta antarabangsa ke negeri ini yang sedang rancak menjayakan kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 pada ketika ini.

Program ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti sempena ‘Sambutan Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan Tahun 2024’ yang dilangsungkan di Perlis baru-baru ini. Sambutan ini akan diikuti dengan sambutan Hari Koperasi Negara di peringkat negeri.-negeri. Sambutan ini juga merupakan satu pengiktirafan Kerajaan terhadap sumbangan gerakan koperasi di negara ini yang mencecah lebih 7 juta keanggotaan dan lebih 15,000 koperasi telah didaftarkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button