Hiburan

Siti Nurhaliza buat ujian saringan Covid-19, pastikan semua ahli keluarga negatif

JUMLAH kes Covid-19 yang semakin tinggi saban hari membuatkan ramai risau sama ada diri mereka dijangkiti atau tidak.

Malah, ada yang juga yang sudah dijangkiti Covid-19 dan tidak sedar mengenai perkara itu seperti yang dialami pelakon, Emma Maembong.

Emma sebelum ini mengakui yang dia tidak mempunyai sebarang simptom sehinggalah ujian saringan dilakukannya.

Risau dengan keadaan sebegitu membuatkan beberapa artis lain seperti Datuk Fizz Fairuz, Almy Nadia, Elifra Loy dan Wawa Zaina juga melakukan ujian saringan.

Tidak terkecuali ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjalankan ujian saringan bersama keluarganya.

“Alhamdulillah, saya dan ahli keluarga melakukan ujian saringan Covid-19 untuk memastikan kami semua bebas daripada penyakit tersebut.

“Semoga terus dilindungi dan sentiasa patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menerusi status di akaun Instgram miliknya, Siti turut berkongsi keputusan ujian saringannya yang mendapati dia bebas daripada Covid-19.

Peminat-peminat Siti juga turut mengucapkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan mendoakan yang terbaik buat kesihatannya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button