Nasional

Sidang media harian PKPD bukan untuk peribadi – Ismail Sabri

“ITU benda personal, tidak patut jawab hari ini. Hari ini sidang akhbar lebih kepada laporan harian tindakan kerajaan pengawal penularan Covid-19,” kata Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan oleh pemberita di lapangan yang hadir pada sisang akhbar harian PKPP yang disiarkan secara langsung di media sosial Kementerian Pertahanan Malaysia, Facebook akaun Ismail Sabri sendiri dan portal berita tempatan berkaitan dengan satu artikel yang mengaitkan nama beliau.

“Cuma saya nak sebut memang benar ada laporan yang dibuat oleh pegawai saya. Ada laporan dianggap satu fitnah. Fitnah yang terancang ke atas pemimpin daripada kerajaan.

“Saya salah seorang yang dikaitkan dan saya, walaupun orang politik, biasa perkara seperti ini. Fitnah tidak boleh dibiarkan dan sudah dilapor pada polis dan saya serah pada polis.

“Saya tak nak huraikan apa-apa kerana ia melibatkan peribadi saya,” kata Ismail Sabri yang bijak menangani masalah yang dilemparkan untuk menggasak peribadi beliau sebagai seorang menteri dalam kerajaan.

Sikap tidak melenting yang ditunjukkan oleh Ismail Sabri mencerminkan kematangan beliau sebagai seorang pemain politik dan dalam masa yang sama, menjawab soalan pemberita yang ingin mendengar apakah jawapan yang diberikan oleh Ismail Sabri dalam hal berkenaan.

Terdahulu, pada sidang akhbar yang sama, beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan ke atas penjara Seberang Prai, Pulau Pinang pada 22 Oktober dan dilanjutkan dan tamat hari ini.

“KKM telah melaksanakan 3,254 saringan dan secara kumulatif, 606 kes positif dilaporkan.

“Walau bagaimamanpun, kes positif terakhir pada 29 November lalu, dilaporkan tiada lagi sample yang masih menunggu keputusan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, PKPD penjara Seberang Prai dan Kuarters Seberang Perai di Pulau Pinang ditamatkan hari ini,” ujar beliau.

Di Tawau pula, PKPD yang dikenakan ke atas Pusat Tahanan Sementara Penjara Sandakan dan kuarters pada 6 November, dilanjutkan dan tamat pada 3 Disember, ditamatkan dan tidak dilanjutkan lagi, kata beliau.

“Sebanyak 2,613 saringan dilakukan di Pusat Tahanan Sementara dan dalam mesyuarat khas hari ini, KKM mengesahkan kes terakhir yang dilaporkan pada 30 November,  tiada lagi sample saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Kawasan Penjara Sandakan dan kuarters Penjara Taman Wira Sandakan, mencatat 799 jumlah kes kumulatif di kedua-dua lokaliti.

“Kes terakhir dilaporkan 27 November dan tiada lagi sample saringan yang menunggu keputusan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, mesyuarat hari ini bersetuju menamatkan PKPD di tiga lokaliti berkenaan,” ujar beliau.

Berita baik turut diberikan kepada penduduk Kampung Nahabar dan Kampung Tekudon di Kota Belud yang mana PKPD ditamatkan, kata Ismail Sabri.

Sementara itu, penduduk sekitar Zon B dan C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak perlu bersabar kerana tempoh PKPD mereka sepatutnya berakhir pada 3 Disember.

Bagaimanapun, kata Ismail Sabri,  KKM membuat saringan 1,733 dan masih ada baki sampel saringan yang belum dapat keputusan.

Oleh yang demikian, beliau berkata, atas nasihat KKM dan penilaian risiko, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD  selama tujuh hari lagi bermula 4 Disember sehingga 10 Disember 2020.

Ismail Sabri turut memberi jaminan, segala data yang dimuatnaik di aplikasi MySejahtara, dimiliki sepenuhnya oleh KKM dan dikawalselia oleh agensi dan MKN  – Majlis Keselamatan Negara.

“Ia dikawal di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi. Setiap data dilindungi oleh akta tersebut.

“Ia merupakan satu kesalahan jika data peribadi dikongsi oleh sesiapa. Aplikasi ini (MySejahtera) patuh piawaian antarabangasa.

“Jadi rakyat tidak perlu bimbang kerana segala data adalah dibawah kerajaan. Kita mengawalnya dan memastikan data itu dilindungi,” tegas Ismail Sabri sambil menambah, orang ramai tidak perlu bimbang data peribadi dikongsi oleh sesiapa. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button