KesihatanNasional

Setakat ini tiada mpox dikesan di Malaysia

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada kes disyaki mpox dikesan daripada hampir 2.64 juta pengembara yang disaring di pintu masuk antarabangsa sejak 16 Ogos hingga semalam.

Menurut KKM, sebanyak 33 kes disyaki mpox dilaporkan di fasiliti kesihatan iaitu 32 kes disahkan negatif dan satu kes masih menunggu keputusan makmal.

Pengembara dari negara berisiko dinasihatkan membuat pemantauan kesihatan kendiri dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan.

“Sebanyak 13 makmal mampu membuat ujian pengesanan mpox iaitu lapan makmal kerajaan dan lima makmal swasta, dua daripadanya berupaya membuat ‘sequencing’ maklumat genetik untuk mengesan varian virus yang dikesan,” menurut kenyataan KKM di sini hari ini.

Memaklumkan peranan masing-masing dalam aktiviti kawalan dan pencegahan jangkitan mpox.

Selain itu, sesi secara maya juga diadakan bersama Kementerian Luar dan perwakilan Malaysia di negara-negara Afrika bagi menggembleng kerjasama untuk mendapatkan serta menyampaikan maklumat kepada warga Malaysia yang berada di negara berkenaan.

KKM memaklumkan buat masa ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO) tidak mengeluarkan sebarang nasihat atau syor untuk diadakan sekatan perjalanan.

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button