Senheng Perkasa Rakyat Malaysia dengan Penebusan Ganjaran Tanpa Had
Senheng, peruncit terkemuka Malaysia dalam bidang elektronik pengguna, mengumumkan kemas kini baharu untuk program keahliannya, Ahli PlusOne (PlusOne Membership), yang menawarkan fleksibiliti dan pemperibadian yang tiada bandingan kepada rakyat Malaysia dalam penebusan ganjaran.
Dengan slogan baharunya, ‘My Rewards, My Choice’, ahli boleh menggunakan S-Coin untuk mengakses lebih 2,000 ganjaran dari segi produk dan perkhidmatan.
Pada masa ini, Senheng mempunyai lebih empat juta ahli PlusOne, dan sejak pelancaran S-Coin pada tahun 2021, lebih 700,000 daripada mereka memperoleh S-Coin melalui pembelian di kedai Senheng, cawangan senQ dan Aplikasi Senheng.
Syarikat itu mendedahkan statistik yang mengejutkan: berjuta-juta S-Coin masih belum ditebus, dan terdapat satu akaun di Malaysia yang memegang 5.7 juta S-Coin bernilai RM57,000 menunggu masa untuk dituntut.
Bagi merealisasikan potensi ini, Senheng telah memperkenalkan peningkatan menyeluruh kepada sistem keahliannya, seterusnya menawarkan penebusan tanpa had, ganjaran yang diperibadikan dan Program Affiliate
akan datang direka khusus untuk membantu rakyat Malaysia memperoleh pendapatan lebih.
Akses Segera, Penebusan Tanpa Had Program keahlian yang dinaik tarafkan memberi pelanggan akses segera kepada S-Coin yang diperoleh mereka melalui Aplikasi Senheng, yang membolehkan mereka menebus ganjaran tanpa had, pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja.
Mencerminkan semangat slogan ‘My Rewards, My Choice’, sistem yang diperbaharui memperkasakan pelanggan untuk menentukan cara penebusan ganjaran mereka.
Dengan keupayaan untuk memilih daripada rangkaian lebih 2,000 produk dan perkhidmatan melalui Aplikasi Senheng, serta penebusan daripada pilihan eksklusif dari kedai di seluruh negara, ahli kini menikmati pilihan dan kebebasan yang tiada bandingannya.
Dengan pemansuhan had penebusan, Senheng telah menyelaraskan proses penebusan untuk mengutamakan kemudahan ahli dan nilai. Kemas kini ini memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk keselesaan dan fleksibiliti yang lebih besar dalam pengalaman ganjaranmereka.
Senheng menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengelog masuk dan menyemak akaun mereka untuk menebus ganjaran masing-masing. Dengan banyaknya S-Coin yang belum dituntut, ahli ditawarkan peluang hebat untuk memanfaatkan sepenuhnya S-Coin yang terkumpul.