Ekonomi

Sengaja pilih nama Jebat, nampak macam ‘bad boy’

PANDEMIK Covid-19 membuatkan ramai terkesan terutamanya melibatkan peniaga dan usahawan.

Tidak mudah mengalah dengan cabaran yang terpaksa dihadapi, pengasas Jamu Tun Teja (JTT) tekad untuk terus berjuang dengan produk khas yang diberi nama Jebat.

“Tercetusnya idea untuk menghasilkan Jebat apabila saya selalu melihat Syuk (suami) selalu keletihan kalau kerja berterusan. Saya fikir macam mana nak maju dalam business kalau tak kental.

“Saya sendiri adalah pengguna tegar Jamu Tun Teja. Tempoh 24 jam ibarat ‘nothing to me’. Saya boleh kerja beterusan tanpa sempadan tetapi kalau Syuk tak boleh nak kejar energy bekerja sata, macam mana ? Oleh itu, terhasilnya produk Jebat by JTT ini.” ujarnya mengenai produk berkenaan.

Menurut Hazira, keunikan produk Jebat ini berbanding produk di pasaran ialah ia mengandungi tiga bahan utama yang sangat bagus untuk lelaki.

Ujarnya, kos pembuatan dan formulasi agak tinggi, namun JTT sangat berpegang teguh dengan ‘Quality Over Produk’ yang hanya berlandaskan konsep ‘Hit & Run’.

“Jebat adalah minuman tenaga yang dicipta khas untuk kaum lelaki dan ia mengandungi bahan-bahan herba semula jadi seperti Tongkat Ali, Ginseng, dan Madu Asli.

“Di samping itu, Jebat mempunyai manfaat yang baik, bertindak sebagai memberi tenaga tambahan untuk lelaki, mengurangkan bintik hitam dan putih di muka, membantu mengurangkan kesan gelap akibat sinaran matahari pada kulit dan membantu pelancaran usus yang sihat,” ujarnya.

Minuman tenaga Jebat sudah mula dilancarkan sejak 13 Januari lalu dengan harga RM88 sekotak.

JTT selama ini dikenali sebagai produk berasaskan herba terbaik di Malaysia dan berpusat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Jenama ini telah diasaskan oleh Hazira bersama suaminya, Syukri Hassan yang juga selaku Presiden dan telah mula beroperasi sejak tahun 2017.

Selain Jebat, jenama JTT juga telah menghasilkan produk lain yang dibuat khas untuk wanita seperti Jamu Tun Teja, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, MEKAR, Sutera Lip Serum dan Lip Glass, RATU Hair Series dan LAUT Spa Series.

Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh menghubungi Ms Mira di talian +60175173053 atau boleh menghantar e-mel di alamat [email protected]. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button