
Selera warisan di Mines Beach Resort, bufet nostalgia yang menggamit selera
MINES Beach Resort bakal menyanjikan menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang autentik dengan pelbagai hidangan tradisional yang menggamit nostalgia dengan tema ‘Selera Warisan’
Setiap hidangan bukan sekadar memenuhi selera, tetapi juga membangkitkan nostalgia kehangatan masakan tradisional. Antara tarikan utama adalah gerai nasi kandaq basikal yang menyajikan pelbagai juadah lazat seperti ayam goreng berempah, ayam bawang, daging masak hitam, dan ketam masala, semuanya dipadankan dengan sambal nyok yang pedas dan menyelerakan.
Bagi peminat makanan laut, hidangan ‘live seafood shellout’ yang kaya dengan hasil laut segar pasti memikat selera. Tidak ketinggalan, pelbagai sajian tradisional turut disediakan, membolehkan pengunjung menikmati keaslian masakan Melayu yang diwarisi turun-temurun.
Antara menu istimewa termasuk ayam masak lemak cili api yang pedas berkrim, rendang daging dengan aroma rempah yang meresap sempurna, serta ikan patin tempoyak yang masam manis menggoda rasa. Keropok lekor Terengganu yang rangup dan ulam-ulaman tempatan turut melengkapkan hidangan, menjadikan setiap suapan bagaikan membawa kita lebih dekat dengan akar budaya sendiri.
Menawarkan lebih daripada 100 jenis hidangan, ‘Selera Warisan’ memenuhi pelbagai selera – daripada kambing golek yang dibakar sempurna hingga roti john meleleh yang memikat lidah. Bagi mereka yang menggemari cita rasa Timur Tengah, gerai masakan Arab menyediakan nasi ayam Mandy dan kebab ayam dengan baba ghanoush, memberikan kepelbagaian pilihan kepada pengunjung.
Selain keenakan makanan, suasana di Mines Beach Resort turut menambah keunikan pengalaman berbuka. Dikelilingi kehijauan alam dan pantai buatan yang mempesona, resort ini menawarkan suasana santai yang sukar ditemui di tempat lain. Pemandangan matahari terbenam yang indah menjadi latar belakang sempurna, menambahkan ketenangan dan keasyikan berbuka puasa di sini.
Bagi keselesaan pengunjung, resort ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti surau yang luas, ruang makan yang selesa, serta tempat letak kereta percuma. Untuk keluarga yang membawa anak-anak, terdapat bilik permainan khas bagi memastikan mereka turut seronok sementara menunggu waktu berbuka. Selain itu, pelbagai sudut menarik turut disediakan untuk pengunjung merakam kenangan dalam suasana yang memukau.
Bagi memeriahkan lagi suasana berbuka, Mines Beach Resort juga menampilkan hiburan live band dengan alunan muzik merdu, menjadikan setiap detik lebih bermakna dan mengasyikkan.
Pengunjung yang ingin menikmati pengalaman berbuka puasa di Mines Beach Resort boleh membuat tempahan dengan harga bermula RM108 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak. ‘Selera Warisan’ akan berlangsung dari 3 Mac hingga 28 Mac 2025 di MBR Coffee House, Tingkat 1, bermula jam 6.30 petang hingga 10 malam.
Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman berbuka yang lebih lengkap, resort ini turut menawarkan Pakej Bilik Selera Warisan pada harga RM328 bersih, termasuk penginapan dua hari satu malam, sahur dan berbuka untuk dua orang. Selain itu, terdapat promosi beli 10 percuma 2 dengan harga serendah RM88 bersih, memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung menikmati hidangan istimewa ini dengan lebih berbaloi. Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat, membolehkan keluarga dan rakan-rakan berkumpul dalam suasana yang penuh keceriaan.
Secara keseluruhannya, buffet ‘Selera Warisan’ di Mines Beach Resort bukan sekadar satu jamuan berbuka puasa, tetapi satu pengalaman kulinari yang membawa kenangan lama ke meja makan, diiringi suasana tenang dan keindahan alam. Setiap hidangan dan setiap detik di sini bakal menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.