Nasional
Selepas Masjid India, Kampung Kerinchi pula berlubang gergasi
KECOH di laman sosial apabila sebuah longkang didakwa runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur beberapa hari selepas kejadian tanah jerlus di Masjid India pada Jumaat lalu.
Namun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Facebook pada Selasa mengambil maklum mengenai kejadian longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.
Jelasnya, kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, ‘water barrier’ dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian sekitar pukul 10 malam Isnin.
Sumber— Majoriti