Nasional
Selenggara kerangka besi propagasi karang sempena Sambutan Hari Alumni Universiti Awam 2023
SEMPENA sambutan Hari Alumni Universiti Awam 2023, Alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) era UPSI kerana berjaya menyelam untuk menyelenggara kerangka besi terbesar di Malaysia di Taman Laut Pulau Redang.
Kerangka Besi berkenaan adalah salah satu projek Pusat Alumni sempena sambutan 100 tahun pada tahun lalu yang turut disertai Naib Canselor, Prof Datuk Md Amin Md Taff mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Record.
Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr. Siti Hartini Azmi berkata hari program berlangsung merupakan hari yang istimewa buat semua Alumni iaitu Hari Alumni Universiti Awam 2023 , dan UPSI lebih istimewa kerana menyambut Hari Alumni ini di dasar laut.
Program ini turut disertai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr. Norkhalid Salimin; Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Dr Mazuki Yasim, serta Pengarah Pusat Kaunseling, Dr Pau Kee dan Alumni-alumni UPSI di Terengganu.
Prof Norkhalid mengucapkan terima kasih kepada semua Alumni kerana sudi melapangkan masa untuk membantu menyelam dalam proses untuk menyelenggara kerangka besi ini.
“Semoga program sebegini dapat membantu dalam langkah usaha untuk pemuliharaan ekosistem marin dan sekaligus dapat memastikan hidupan marin terus menikmati kehidupan yang lebih baik selepas ini,” katanya. -SM