Seafood Festival mengumpulkan chef dari restoran terkenal di Sunway Putra Mall
PUSAT membeli belah Sunway Putra Mall bakal dimeriahkan dengan kehadiran para pengunjung bagi pencinta makanan laut pada 22 sehingga 23 Jun ini.
Seafood Festival ini mengumpulkan restoran-restoran, chef-chef dan penggiat seafood yang terkemuka di bawah satu bumbung.
Sebanyak 15 gerai akan menghidangkan makanan yang luar biasa dan harga berpatutan dari restoran mereka malahan tempat duduk juga disediakan di ruang legar dalam mall yang berhawa dingin.
Setiap vendor yang akan menyediakan ‘tasting menu’ supaya anda boleh rasa lebih banyak hidanganseafood dengan harga yang berbaloi.
Menurut, CEO FriedChillies dan kaki makan, Mohd Adly Rizal, acara ini secara tidak langsung dapat beri ruang kepada para pegujung untuk menikmati makanan restoran yang popular.
Kerana 15 restoran yang terpilih ini adalah yang terbaik malahan setiap kali ingin makan ke kedai mereka perlu membuat tempahan meja, jadi tidak hairanlah FriendChilies mengumpulkan mereka di bawah satu tempat yang sama.
‘’Sudah jadi kebiasaan bagi kami mencari tempat-tempat yang tersembunyi dan juga yang dihebohkan oleh foodie-foodie tempatan. Mengumpul mereka semua untuk satu pesta dan berkongsi dengan semua kaki makan KL memberi kepuasan kepada kami. Memang masa sudah tiba untuk seafood menjadi tumpuan utama. Acara seafood ini adalah ‘mampu dibeli’ jadi harapan kami semua yang datang ke pesta ini boleh menikmati juadah-juadah yang dihidangkan oleh pakar-pakar seafood tanahair.’ Adly dan kru FriedChillies telah pergi ke serata Kuala Lumpur sampai ke negara lain untuk mendapat vendor-vendor yang akan membuat semua peminat seafood sangat bahagia.
‘’Setelah Nasi Kandaq Fest yang telah mendapat sambutan yang sungguh hebat, kami ingin menganjurkan lebih banyak acara makanan di Sunway Putra,’ kata Danny Lee, Senior General Managerdi Sunway Putra Mall. ‘Kami memang mengolah mall kami sebagai tempat untuk bersantai,berkumpul dan mencuba sesuatu yang baru. Lokasi Sunway Putra yang dekat dengan stesen pengangkutan awam dan juga servis e-hailing membuatnya tempat yang sesuai untuk kawan-kawandan ahli-ahli keluarga berkumpul dan bersukaria di acara-acara kami,’’ ujarnya.
Bagi penggemar seafood sudah tentu anda harus datang ke acara ini, setiap makanan yang disediakan dari mentah seperti sashimi atau oyster sehinggalah dibakar seperti ikan pari bakar dan lain-lain sudah tentu ia kepuasan untuk para pengujung.
Lebih menarik itu FriedChillies telah jumpa beberapa tempat fish and chips tersembunyi yang akan menyedikan pelbagai ikan yang mengiurkan dalam adunan yang garing.
Pada yang sama suasana pesta ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan makan Man vs Food, persembahan ‘live’ dan demo seafood chowder dan cubaan rasa percuma oleh Chef Bob Adnin selaku chef untuk Ombak Kitchen.
Datanglah dengan pakaian santai tepi pantai dan cubalah nasib dalam photo competition bertemakan ‘beach.’
Pengunjung pesta juga boleh menikmati promosi-promosi kudapan, dessert dan minuman yang akan disediakan oleh kedai-kedai di Sunway Putra dan banyak lagi.
Pada hari ini, anda boleh cuba hidangan dari vendor-vendor seperti sashimi pizza dan maki dan Kingu Kongu, Seafood spread dari Ombak Kitchen, Udang Galah dari MRos dan oyster segar dari Penang Oyster Park.
Antara Restoran yang akan ada adalah, Penang Oyster Park, Kingu Kongu, MRos, Port Dickson, Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Crispy Chippy, Cwtch Fish and Chips, Top Catch, Bolok Troops dan Sushika.
Artikle Berkaitan :>
Tourism Malaysia lancar pakej pelancongan Sarawak Delta Geopark, Gawai