“Saya tak pernah gagal bayar nafkah anak RM1,300 setiap bulan,” – Sam Bunkface
Vokalis Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Bahrom membuat penegasan bahawa dia tidak pernah gagal membayar nafkah anak berjumlah RM1,300 setiap bulan.
Malah ada waktunya, Sam membayar nafkah anak dengan nilai yang lebih namun baru-baru ini, bekas isterinya, Aida Azira Hussin mendakwa nafkah tersebut tidak mencukupi.
Sam hairan kerana sebelum ini, RM1,300 adalah mencukupi untuk penjagaan dalam tempoh sebulan namun tiba-tiba, Aida meminta jumlah tersebut hanya untuk kegunaan dua minggu.
Perintah mahkamah
Mahkamah sebelum ini memerintahkan Sam dan Aida untuk menjaga anak secara bergilir-gilir di mana Sam akan menjaga anak selama dua minggu dan Aida juga selama dua minggu.
Namun sejak kebelakangan ini, Aida sedaya upaya enggan menyerahkan anak mereka, Maleeq kepada Sam untuk jagaan yang sepatutnya sekali gus menjadi modal ‘Sam tidak menjaga anak’.
Lebih pelik, Sam dan Aida, kedua-duanya berada di Kuala Lumpur namun Aida membuat tindakan peribadi tanpa perbincangan dengan menghantar Maleeq ke rumah neneknya (ibu Aida) di Melaka.
Perkara tersebut bukan sahaja menyukarkan untuk Sam mengambil anaknya untuk dijaga namun Sam tetap tempuhi perjalanan dua jam ke Melaka hanya untuk menjaga anaknya.
Aida enggan bincang, talk to my lawyer
Sam turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya bersama bekas isterinya itu yang sememangnya membalas ayat lebih kurang ‘talk to my lawyer’ apabila Sam bertanya tentang Maleeq.