Nasional

Salahuddin Ayub meninggal dunia

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan meninggal dunia sebentar tadi selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak, pagi semalam.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” kata anaknya, Siti Fatihah melalui satu hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Semalam, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan Allahyarham dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat.

Allahyarham mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.

Allahyarham kemudiannya dilaporkan selamat menjalani pembedahan pagi semalam dan berada dalam keadaan stabil.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button