MahkamahNasional

Saksi kedua gagal temui dokumen penting pendakwaan kes Covid-19 Ibu Yati

  1. SAKSI kedua perbicaraan terhadap Wan Noor Hayati Wan Alias berhubung pertuduhan berkaitan isu Covid-19 di laman sosial Facebook miliknya yang dilakukan Februari 2020, gagal temui dokumen penting yang menjadi asas pendakwaan.

Terdahulu, Wan Noor Hayati atau dikenali dengan panggilan Ibu Yati terdahulu didakwa tiga pertuduhan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam telah dimohon pihak Pendakwaraya (DPP) untuk dipinda pertuduhan kepada Seksyen 505.

Pada perbicaraan hari kedua ini, peguambela Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos menyoal saksi kedua, seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saksi menjelaskan gagal mengakses dokumen penting iaitu penyiaran di FB Ibu Yati atau ia telah dipadam.

Jahabardeen kemudiannya meminta saksi menjelaskan pernyataan itu kerana ia berbentuk anggapan semata-mata.

Turut dibangkitkan, kenapa dokumen penting tersebut tidak dinyatakan untuk pengetahuan mahkamah.

Saksi kedua memberitahu mahkamah, ketiga-tiga paparan skrin FB terbabit tidak menakutkan atau menimbulkan kegentaran pada pihak dirinya.

Terdahulu Mahkamah Jenayah Siber Kuala Lumpur pada Ogos tahun lepas melepaskan tanpa dibebaskan Ibu Yati berhubung pertuduhan berkaitan isu Covid-19 di laman sosial FB awal Februari lalu. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button