HiburanMahkamah

Saksi defendan kedua hina mahkamah, boleh dipenjara

Kes perbicaraan Datuk Aishah tuntut lot banglo

SAKSI defendan kedua, Putera Mohd Hasiff Mohd Amir, 27, putar belit dalam memberi jawapan ketika menjawab soalan pemeriksaan balas Peguambela plaintif, Muhammad Izwan Azmi semalam.

Jawapan yang diberi oleh saksi defendan kedua itu berubah 360 darjah dan jika diulang soalan-soalan yang ditanya semalam, hari ini, ia hanya membuang masa mahkamah.

Saksi defendan kedua itu yang sambung memberi keterangan dalam pemeriksaan balas
di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur hari ini dalam kes tuntutan lot banglo oleh Datuk Wan Aishah Wan Ariffin yang diwakili Peguambela Izwan Azmi di mahkamah, pagi ini.

Kes perbicaraan masuk hari keempat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Rofiah Mohamad.

Aishah diwakili tiga peguam termasuk Mazniza Mohd Kamil dan Amirul Izwan Lehuddin dari firma guaman, Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates.

Aishah menuntut tanah lot banglo sebagai hadiah pemenang Gegar Vaganza musim keempat (GV4) tajaan Bina Megah Empayar (BME).

GV4 program pertandingan realiti televisyen terbitan stesyen penyiaran Astro dan Aishah dinobatkan sebagai Juara GV4 pada tahun 2017, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi penyanyi Liza Hanim dan Lan Solo.

Selepas empat tahun menunggu, Aishah mengambil tindakan menyaman tiga defendan termasuk pemilik BME, Datin Seri Putik Wannida, Putera Mohd Hasiff Mohd Amir dan Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa yang merupakan Pengarah Urusan dan Operasi BME tetapi berstatus muflis sejak tahun 2008 selepas carian dilakukan oleh Peguam Izwan di Jabatan Insolvensi Malaysia (DGI) petang semalam.

Saksi defendan kedua, Putera Mohd Hasiff ialah anak kepada defendan ketiga, Mohd Amir.

Defendan pertama sehingga ketiga diwakili Peguamcara Mohd Khainis Yussof Tetuan Azwan Roslee & Co.

Saksi defendan kedua ini merupakan pemegang Diploma dalam Marketing Management dan menurut Peguam Izwan, latar pendidikan saksi defendan kedua perlu jelas supaya mahkamah tahu latar pendidikannya.

Izwan: Introduction to business ada tak diajar.

Saksi: Mungkin ada.

Izwan: Tak nak mungkin mungkin. Jawap ada ke tidak. Definate answer, ada ke tak ada. Saya ingatkan Encik Puteta bahawa Encik adalah dibawah akuan bersumpah. Ini adalah bersumpah, kalau tidak bercakap benar, bohong dalam mahkamah, itu purgery. Boleh dihukum penjara. Saya nak tanya tanya, ada subjek Business Law ada diajar?

“Ada,” jawap saksi yang mana Peguam Izwan akan buktikan di mahkamah, subjek-subjek Business Matamatik juga ada dipelajari saksi termasuk Business Ethics.

Di bawah sumpah saksi diingatkan memberi jawapan yang yakin sebab jika tidak ingat spesifik nama subjek, Peguam Izwan akan berikan.

Ada, jawab saksi dan seterusnya disoal Business Management di Internation Islamic College (IIC) di Batu Caves dan ditanya oleh Peguam Izwan,
di bawah fakulti apa?

Tak ingat, jawab saksi yang apabila disebut dibawah fakulti apa, mengaku di mahkamah ada mengikuti subjek.

Saksi-saksi di bawah keterangan sumpah dan Encik Putera semalam menunjukkan seolah olah dia dumb dalam bisnes, bankrup pun tak tahu, basic of business, enterprise tak pernah dengar, perkongsian tak pernah dengar sedangkan

Saksi secara terang-terangan menipu mahkamah semalam dan hari ni terang-terangan, saya mohon Puan Hakim, Encik Putera dihantar ke penjara kerana tidak menghormati mahkamah, kata Peguam Izwan.

Hakim: Kalau nak involve purgery, bawah Kanun Keseksaan, make a saperate application. Not at this junction. Saya rekodkan.

Izwan: Encik Putera kata kepada saya semalam, tamat Diploma Fakulti Management. Semalam Encik Putera bagitau saya istilah liability dalam bahasa Melayu ialah Keberhutangan.
Introduction to Business Law ada menerangkan berkenaan entiti berasingan, syarikat enterprise apa, sendirian berhad, perkongsian. Semalam kata tak pernah dengar.

“Enterprise dengan sendirian berhad pernah dengar, saya kata semalam. Berhad, tak pasti,” jawab saksi.

“Dalam mahkamah kena jawab, tak ada perkara peribadi. You dah bersumpah,” kata Hakim apabila saksi enggan menjawab soalan Peguam Izwan yang bertanya samada saksi pernah bertanya kepada ayahnya, Datuk Seri Mohd Amir, defendan ketiga dan Datin Seri Putik, mengapa letak nama saksi dalam company BME dan saksi memberitahu mahkamah dia graduate dengan ponter 3.4 lebih.

Jawapan saksi berubah 360 darjah, tahu dan ada belajar Business Law. Liability berasingan, liability terhad. Semalam jawapan contradictory tidak tahu semalam, tahu hari ini.

“Syarikat ini perkongsian, liability tidak terhad. Sebagai seorang yang belajar, kenapa tak tanya?

” Guna nama isteri dan anak dalam syarikat kerana ayah dah bankrup. Encik Putera tahu ke tidak ayah bankrup,” soal Izwan.

Tidak tahu dan hanya tahu semalam, jawab saksi dan menambah, tidak tahu apa tanggungjawab sebagai seorang Director syarikat.

Lantikan tiada surat perjanjian dan disahkan oleh saksi defendan kedua ini.

“Sebenarnya tak ada surat lantikan pun. Sebenarnya tak ada Pengarah Urusan dan Operasi. Macam mana boleh tahu, Encik sedangkan kata, Director pun tak tahu,” kata Izwan dan jawapan saksi, “saya tidak tahu.”

Mahkamah juga diberitahu oleh saksi, tiada dibuat meeting dari masa ke semasa, tiada buat meeting dengan ayah pasal isu Gegar Veganza.

Keusahawanan dan perniagaan, tujuan utama perniagaan ini untuk apa?

Saya tak tahu, Puan Hakim, kata saksi.

Hakim kata, kenapa orang meniaga?

“Orang meniaga nak duit,” jawab saksi.

Sebenarnya tak pernah siasat latar belakang, masukkan nama dalam BME, sebagai pemilik, Encik Putera cuai dalam menguruskan syarikat kamu sendiri, kata Izwan dan tidak setuju, jawab saksi.

“Blanket power, sebenarnya Encik setuju kepada apa apa keuntungan yang dibawa masik, Encik terima dan segala liability dan tanggungjawab yang dibawa oleh syarikat, setuju,” soal Izwan dan saksi jawab setuju dan jika bankrup, pun setuju.

Apa tujuan kita buat marketing?

“Untuk marketkan perniagaan,” jawab saksi.

“Bagus, kena sekali,” kata Peguam Izwan.

Kita nak marketkan produk kita, mengurus pembinaan dan penjualan tanah lot, kontraktor binaan…

Iklan, jawab saksi dan disambut oleh Peguam lzwan dengan berkata, Bagus. Kat mana kita iklan? setuju tak saya kata iklan kat Tv. Siapa yang taja kalau contoh, Ayda Jebat dengan iklan Shopee. Apa yang in return, kita dapat daripada iklan?

“Dapat sale lah,” jawab saksi.

Tabau ni lagi murah tau. Kalau nak beli handphone, Tabau atau Shopee.

Lazada, tau Lazada. Lazada ke Tabau, dua dua murah.

Lazada sebab saya tau Lazada.

Itulah the value of marketing. Orang dah tahu, orang akan pergi kepada orang yang familiar.

BME masuk dalam Astro dan GB satu Malaysia tengok, strim online satu dunia tengok. Nama BME ada sebut atas stage. Jadi bila ada nama BME disebut dalam Astro orang dah tahu. The value dah dapat oleh BME, kata Izwan dan saksi setuju.

Astro, lot banglo sponsor tiga pemenang. Encik kalau pusing yang mana, pilih Bina Megah Empayar sebab dah masuk TV, masuk Astro. Tujuan iklan dah dapat. Setuju? Dah dapat pun value of marketing.

“Saya tak pasti, tak tau tujuan masuk Astro,” kata saksi.

Tahun 2017, hari-hari jumpa Pengarah, ayah ni Pengarah, langsung tak cakap. Tak setuju.

BME adalah syarikat bumiputera berpengalaman, sponsor di Astro. Datanglah kepada kami untuk perkhidmatan. Itu marketing, kata Izwan dan dijawab oleh saksi, bergantung kepada niat orang yang memuat naik posting itu di Facebook.

Kalau buat satu penajaan, ia sebenarnya satu pelaburan atau investmen, setuju ke tidak, soal Izwan tetapi saksi kata, dia tak faham soalan dan kurang jelas soalan walaupun Peguam Izwan beri contoh Shopee.

Penajaan itu investmen, setuju. Bila syarikat Encik taja GV, itu investment.
Tak tau sebab tak tau apa niat.
Agak, kalau bukan sebagai investment, itu charity ke kalau bukan investment?
Penajaan itu ialah satu investment. RM180,000 kalau Encik kata buka investment, apa Pengarah Encik buat? Derma, mungkin derma, kata saksi dalam menjawap soalan Peguam Izwan.

Izwan: I put to you,semalam saya tanya jawab semua tak tahu, tak tahu. Sebenarnya tujuan Encik Putera kata sebegitu adalah tolak semua liability kepada defendan ketiga dan dah tau defendan ketiga dah bankrup, Encik nak walk free.

“Tak setuju,” kata saksi dan Peguam Izwan selesai dalam pemeriksaan balas ke atas saksi defendan kedua.

Selepas peguamcara bertanya dua soalan, saksi dibebaskan dan dilepaskan. – SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button