Bola SepakSukan

Safawi Rashid dikhuatiri positif Covid-19

PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berharap tidak ada lagi pemain yang positif Covid-19 termasuk Safawi Rashid.

Beliau melahirkan rasa kerisauannya kerana Safawi antara pemain yang sedang dipantau rapi dan tidak dijangkiti Covid-19.

Katanya, ini kerana Safawi adalah rakan sebilik Akhyar Rashid yang disahkan positif Covid-19 semalam.

Dia sekali gus terpaksa diketepikan bagi menjalani proses kuarantin selama 10 hari bersama seorang lagi pemain, Quentin Cheng.

Menurut Cheng Hoe, Safawi dan barisan pemain lain pada ketika ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan beliau berharap tiada lagi pemain negara yang dijangkiti.

“Pemain duduk sebilik dua orang. Memang Akhyar dan Safawi duduk sekali tetapi benda ini, kita tidak pasti lagi adakah 100 peratus boleh berjangkit,” ujarnya.

Buat masa sekarang, Safawi berada dalam keadaan terbaik dan dia juga tidak berkata apa-apa mengenai tahap kesihatannya.

“Nampak dia sihat dan bersemangat. Pemain lain pun sama, tidak ada sebarang simptom,” katanya.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan juara bertahan, Vietnam pada aksi ketiga, kempen Piala AFF dalam aksi Kumpulan B di Stadium Bishan, esok.

Terdahulu, empat pemain iaitu Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan di Lapangan Terbang Changi, Singapura sebaik tiba di negara republik itu semalam sebelum giliran Akhyar dan Quentin pula disahkan positif pagi semalam. – SUMBER HARIAN METRO – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button