‘S.M.A.R.T.’ kaedah tetapkan sasaran sesebuah organisasi
‘S.M.A.R.T.’ merupakan antara salah satu kaedah yang boleh digunakan sebagai panduan untuk menetapkan matlamat, sasaran atau objektif sesebuah organisasi yang berjaya.
Dalam perjalanan menuju kejayaan, ramai di antara kita yang sering berasa ‘hanyut’ tanpa hala tuju yang jelas. Matlamat yang ditetapkan seringkali kelihatan ‘kabur’, tidak boleh diukur, atau terlalu sukar untuk dicapai.
Perkataan SMART ini iaitu Kunci Kejayaan Dalam Mencapai Matlamat Dengan Tepat dan Terukur’ merupakan akronim atau singkatan kepada Specific (Spesifik), Measurable (Boleh Diukur), Achievable (Boleh Dicapai), Relevant (Relevan) dan Timely (Tepat pada masanya).
Dalam erti kata lain, cara kaedah SMART ini berfungsi ialah dengan mengabungkan kesemua kriteria ini untuk membantu sesebuah organisasi itu menumpukan usaha bagi meningkatkan lagi peluang untuk mencapai matlamat tersebut.
Demikian menurut kenyataan MAIPs titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan ke 6 dan terakhir bagi tahun 2024 yang diadakan di Dewan Kulliyah MAIPs Kangar baru-baru ini.
Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs menyarankan agar pihak MAIPs sentiasa memberikan perhatian apabila menggunakan kaedah SMART ini dalam usaha menetapkan sasaran dengan betul. Cubalah untuk terapkan dalam kehidupan dan kerja masing-masing supaya matlamat yang diinginkan itu sesuatu yang relevan serta dapat dicapai dengan lebih mudah dan berkesan. – SM