Kes rogol Dr Moumita bukan pertama kali, rupanya ramai doktor di India tidak selamat
Mangsa dah mati pun sanggup rogol lagi, sampai 20 orang rogol mayat, kerja gila! negara gila!
BARU-baru ini hangat diperkatakan tentang insiden kematian Dr Moumita Debnath yang dirogol oleh 20 lelaki dan dibunuh dengan kejam selepas menghabiskan tugasnya pada syif malam selama 36 jam.
Rupanya seperti ini di negara India bukan lah kali pertama malah beberapa doktor lain seperti Dr Aradhya, Dr Priyanka Reddy, Dr Shweta Sinha dan Dr Anjali Sinha turut pernah mengalami perkara yang sama.
Kalau kita tengok statistik jenayah di India, sebanyak 31,516 kes rogol telah berlaku pada tahun 2022 iaitu lebih kurang 86 kes rogol berlaku setiap hari.
Apabila Moumita dikatakan telah dirogol beramai-ramai, pihak polis telah menafikan perkara ini. Malah, pihak hospital sendiri tidak mengambil serius tentang perkara ini dan hanya membuat laporan selepas keadaan telah menjadi huru hara.
Pada 13 Ogos, Mahkamah Tinggi Kolkata telah mengarahkan polis negeri untuk menyerahkan kes ini kepada Biro Siasatan Pusat (CBI) kerana tak berpuas hati dengan siasatan yang dibuat setakat ini.
Laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Moumita Debnath, bahawa dia telah dirogol dan dicekik sehingga mati, sebanyak 150 ml air mani telah ditemui pada tubuh doktor wanita itu ia merupakan jumlah yang sangat banyak sedangkan seorang lelaki secara normal hanya sekitar 10 ml sahaja.
Lebih memilukan, tulang pelvis ia merupkan tulang paling kuat tubuh manusia juga patah, kakinya berada di dalam posisi sudut 90 darjah menunjukkan kecederaan yang teruk pada tulang pelvis, pendarahn dari mulut, luka pada bibir, kerosakan dan pendarahan kepada dua-dua belah mata, jari manis patah dan terdapat berates-ratus kesan gigitan di seluruh badan.
Tidak cukup dengan itu dia juga mempunyai kecederaan yang teruk di bahagian perut dan pendarahn di alat sulit.
Pada malam 15 Ogos, seramai 7,000 orang telah pergi ke tempat kejadian untuk menghapus dan memusnahkan bukti. Pihak polis pula seperti tak mampu untuk menghalang perkara ini daripada berlaku menyebabkan orang ramai kecewa dengan perkara ini.
Ekoran ini, Mahkamah Tinggi juga turut mengkritik Menteri Hal Ehwal Negeri Bengal, Mamata Banerjee serta polis negeri kerana gagal mengawal situasi ini. Lebih-lebih lagi apabila orang ramai boleh senang-senang untuk masuk ke kawasan tempat kejadian.
Selepas berita mengenai Moumita Debnath tersebar, ramai wanita di seluruh India telah turun ke jalanan untuk membuat protes besar-besaran. Protes ini dilakukan kerana kes ini telah menjadi bukti bahawa wanita-wanita India berada dalam situasi yang tidak selamat.
Malah, Indian Medical Associatan (IMA) turut melakukan protes di seluruh negara di mana para doktor telah turun untuk protes dan tak hadir kerja selama 24 jam bermula dari jam 6 pagi 17 Ogos sehingga 6 pagi 18 Ogos bagi mendesak keselamatan di hospital ditingkatkan terutamanya untuk doktor wanita.
Artikle Berkaitan :>
Demi ‘rule of law’ gantung keahlian individu yang disiasat kes jenayah