Hiburan

Rosyam Nor buat laporan Polis Fitnah terkait penceraian Fattah Amin dan Fazura terhadap page

PELAKON dan usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor, telah mengambil langkah untuk membuat laporan polis terhadap individu serta halaman media sosial yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu berkaitan dirinya, khususnya mengenai isu penceraian Fazura dan Fattah Amin.

Dalam satu hantaran di Instagram, Rosyam, yang bernama penuh Mohamed Noor Shamsuddin, memuat naik video bersama peguamnya selepas selesai membuat laporan di Balai Polis Pudu. Dalam video tersebut, beliau menyatakan:

“Assalamualaikum, saya bersama peguam saya, Encik Aizul, telah membuat laporan polis berkenaan beberapa hantaran fitnah yang tersebar di media sosial, yang telah mengaibkan saya.”

Rosyam juga menunjukkan beberapa halaman yang mengandungi kenyataan fitnah yang mengaitkannya dengan Fattah Amin dan Fazura.

Beliau meluahkan rasa terima kasih kepada peguamnya, Encik Aizul, atas nasihat dan bantuan yang diberikan untuk menghadapi isu ini. “Terima kasih kepada warga Balai Polis Pudu dan peguam saya, Encik Aizul,” ujarnya.

Rosyam turut mengekspresikan kemarahannya terhadap tindakan beberapa individu yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana menyebarkan maklumat yang tidak benar. Dia juga berkongsi tangkapan layar mengenai kenyataan yang didakwa sebagai nasihat ‘pedas’ kepada Fattah Amin berkaitan perceraiannya dengan Nur Fazura. Tindakan ini dianggapnya telah mencalarkan nama baiknya sebagai seorang selebriti.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button