Ringgit merosot lebih tinggi ke paras 4.1415 berbanding Dolar AS semasa pembukaan
Ringgit dibuka pada paras terendah dalam minggu ini berbanding Dolar AS kesan pengumuman Rizab Persekutuan AS (Fed) terhadap dasar monetary baru-baru ini.
Pada jam 9 pagi, nota tempatan merosot lebih jauh ke 4.1415 berbanding Dolar AS dari 4.1390 pada penutup semalam.
Ini adalah nilai terendah yang terakhir kali dilihat pada 31 Mei 2021, ketika ringgit dibuka pada 4.1420 berbanding dolar AS.
Pada sesi pembukaan, Ringgit dibuka bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding Dolar Singapura ke 3.0840 berbanding 3.0918 pada penutupan semalam, menguat terhadap Pound ke 5.7695dari 5.7826, dan naik berbanding Euro ke 4.9313 dari 4.9465.
Bagaimanapun, mata wang tempatan melemah berbanding Yen Jepun kepada 3.7541 daripada 3.7389 sebelumnya. – SM