Ekonomi

Ringgit mengukuh berbanding Dolar AS dalam dagangan awal pagi ini

Bursa Malaysia memulakan urus niaga dalam aliran lemah pada sesi awal dagangan hari ini. Pada jam 9:30 pagi indeks FBM KLCI turun 6.28 mata kepada 1,585.04.

Sementara itu mata wang Ringgit diniagakan tinggi pada 4.1230 berbanding Dolar AS daripa 4.1250 yang dicatatkan petang semalam.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit meningkat berbanding Dolar Singapura pada 3.0970 dari penutupan semalam pada 3.1010, dan naik berbanding Yen kepada 3.7819 dari 3.7868.

Unit tempatan juga naik berbanding Pound Britain kepada 5.8505 daripada 5.8583, tetapi tidak stabil berbanding Euro pada 5.0391 berbanding penutupan semalam di 5.0391. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button