Ekonomi

Ringgit dibuka lebih tinggi dari Dolar AS

Ringgit dibuka sedikit lebih tinggi berbanding Dolar AS hari ini ketika Dolar AS merosot di tengah pemulihan aset berisiko.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1420 berbanding Dolar AS daripada 4.1450 pada penutupan semalam.

Pada masa yang sama, Ringgit dibuka bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang utama.Ia mengukuh berbanding Dolar Singapura ke 3.0802 berbanding 3.0841pada penutupan semalam, dan naik berbanding Yen Jepun ke 3.7566 dari 3.7641.

Namun Ringgit susut berbanding Pound Britain kepada 5.7628 dari 5.7495, dan melemah berbanding Euro kepada 4.9323 daripada 4.9321 semalam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button