Ekonomi

RichWorks bakal adakan roadshow mencari usahawan berpotensi dengan pembiayaan RM50,000

SYARIKAT yang banyak membantu usahawan dari pelbagai bidang, RichWorks bakal mengadakan ‘Roadshow’ di beberapa buah negeri bagi mencari usahawan terpilih dalam program Bina SME Seluruh Malaysia (Bina SME) dengan pembiayaan dari RM50,000.

Menurut Pengerusinya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, walaupun syarikat mempunyai kapasiti untuk mengendalikan 10,000 usahawan, hanya 1,000 sahaja yang akan terpilih dan seterusnya akan menerima bimbingan selama 3 bulan.

“Kriteria yang kami akan pilih adalah mereka yang sudah berniaga selama 6 bulan, mempunyai SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia), serta penyata bank 3 bulan. Mereka sudah boleh memohon dalam program ini.

“Selepas roadshow, kami akan melakukan pemilihan dengan teliti, memilih usahawan yang benar-benar mempunyai kualiti dan potensi. Mereka akan menjalani program mentorship selama 3 bulan, yang mengikuti model dari AS dan UK,” jelasnya semasa melancarkan program khas di pejabat RichWorks.

Antara negeri yang akan dijelajahi oleh RichWorks termasuk Lembah Klang, Johor, Kuala Lumpur, Kelantan, dan Pulau Pinang. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar, boleh melayari laman web berikut: [http://binasme.com](http://binasme.com).

Tambah Azizan, yang sudah berpengalaman selama 16 tahun melatih dan membimbing usahawan di negara ini, beliau yakin mampu membantu usahawan mendapatkan semula kekuatan, terutamanya bagi mereka yang menghadapi kesukaran dalam perniagaan.

“Bina SME ini untuk usahawan yang merupakan pembuat keputusan, dengan bisnes yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi selama enam bulan ke atas.

“Kami nak usahawan terlibat bangkit untuk hadapi persaingan dsri situasi mencabar tempoh ini supaya dapat kewangan yang lebih baik.

“Dalam masa panjang, kami mahu mereka mencapai impian mereka, tetapi buat masa ini sekurang-kurangnya masa ini boleh bangkit dengan cepat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu bahawa perniagaan kini tidak mudah dan tahun 2025 dijangka akan membawa cabaran yang lebih besar kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Jadi, dengan berbaki 4 bulan sahaja pada tahun ini, RichWorks mahu membantu usahawan-usahawan PKS yang serius dan komited untuk menghadapi cabaran masa kini,” ujarnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button