Remaja tersepit kaki di penutup longkang
SEORANG pelajar perempuan SMK Seksyen 7 di sini pada hari pertama persekolahan, kaki kanannya telah tersangkut pada penutup longkang besi awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pelajar berusia 16 tahun itu tersepit dan kaki kanannya tertimbus dalam penutup longkang besi selama kira-kira 20 minit sebelum diselamatkan.
Morni berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.08 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Shah Alam dihantar ke sekolah berkenaan.
“Pasukan bomba menenangkan mangsa dan berjaya membebaskan kakinya dengan menggunakan peralatan khas.
“Syukur, pelajar itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian ditinggalkan di tangan pihak sekolah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. -SM
BACA JUGA : https://suaramerdeka.com.my/serangan-berterusan-uqasha-sensrose-dituduh-pembuli-semasa-zaman-sekolah/