Belang Bertempat

Realiti politik negara masa kini

PRU-15: Apa sebenarnya yang rakyat perlu tahu

BERCAKAP perlu petah, menulis biar tajam. Datuk Saiful Bahar Arshad, penganalisis politik berpengalaman puluhan tahun dan sering tampil dalam segmen SEMBANG PANAS JANGAN KOYAK penstriman langsung SUARA MERDEKA,  menggerakkan kalamnya dari perspektif peribadi beliau berhubung realiti politik negara rasa kini.

Apa yang dinukilankannya adalah berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal dihadapi oleh rakyat Malaysia. Cuma persoalan yang dilontarkan ialah apa sebenarnya yang rakyat perlu tahu sebelum PRU-15 dan senario politik negara masa kini.

“Hari ini, Kerajaan Persekutuan Malaysia diterajui oleh Perdana Menteri dari UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama dengan empat Menteri Kanan dan 29 Menteri Kabinet yang lain.

“Parti UMNO yang tumpas pada Pilihanraya Umum Ke14 (PRU-14) , kembali berada di persada politik negara dengan menggubal dasar-dasar bagi berhadapan dengan pandemik Covid-19, memperbaiki ekonomi negara serta memulihkan kelangsungan kehidupan rakyat yang sekian lama menderita dalam kesusahan,” kata Saiful.

Pada hemat beliau, rakyat susah bukan lagi kerana kononnya membayar Cukai GST tetapi rakyat susah kerana kehilangan pekerjaan.

Rakyat juga susah kerana gerai makan mereka tiada pembeli. Perniagaan jatuh menjunam. Sejuta lebih Penjawat Awam tidak merasai kesusahan ini kerana walaupun bekerja dari rumah, setiap kali hujung bulan, mereka menerima gaji bulanan.

“Tetapi, yang berniaga di gerai-gerai, kedai makan, restoran dan pusat beli belah atau shopping mall, Ekonomi Negara yang lembab menyebabkan perniagaan mereka merosot, tutup dan gulung tikar,” ujar beliau.

Beliau berkata, putaran wang dalam negara tidak seperti dulu kala. Yang ada duit pun takut hendak berbelanja. Masing-masing tunggu dan lihat.

“Manakala di Parlimen, Ahli-Ahli Politik tidak henti-henti bercakaran, berebut kuasa. Dalam tempoh tiga tahun bulan bulan, negara sudah bertukar tiga orang Perdana Menteri.

“Tidak pernah berlaku di negara ini yang pada satu ketika dahulu hanya kenal seorang Perdana Menteri untuk 22 tahun,” katanya.

Saiful juga berkata, UMNO amat bernasib baik kerana dalam masa tiga tahun tiga bulan sahaja, pemimpin UMNO kembali naik sebagai Perdana Menteri tanpa perlu melalui Pilihanraya Umum.

“Ini jelas memperlihatkan bahawa UMNO IS NOT TESTED BY THE BALLOT BOX. Bermaksud UMNO belum lagi diuji semula dengan suara dan undi rakyat di dalam Pilihanraya Umum.

“Walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) ada menang di Pilihanraya Kecil tetapi ini bukanlah ujian yang sebenarnya,” katanya.

Sambung beliau, “teringat saya kepada  Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sg. Besar dan Kuala Kangsar.

“Di kedua-dua PRK ini, BN menang dengan amat baik tetapi kemudian di PRU14, BN kalah dan hilang kuasa sebagai Kerajaan Persekutuan.”

Tidak berhenti di atas, Saiful turut mengupas mengapa UMNO tewas pada PRU14 selepas 61 tahun memerintah.

“Faktor-faktor tumbangnya UMNO antaranya, faktor yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad amat besar kepada kejayaan Pakatan Harapan (PH) merampas kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Masih ramai rakyat Malaysia mempercayai Tun Mahathir sebagai seseorang yang boleh menyelamatkan negara ini daripada mala-petaka Skandal Kewangan 1MDB.

“Kedua, isu Cukai GST yang tidak berjaya di terangkan kepada rakyat dengan baik menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan memburuk-burukkan Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada ketika itu  bahawa Cukai GST ini membebankan rakyat jelata.

“Di negara Europa dan Amerika, sebarang kenaikkan cukai kepada rakyat boleh menumbangkan Kerajaan sedia ada apabila berhadapan dengan Pilihanraya Umum atau Pemilihan Presiden Amerika.

“Skandal kewangan 1MDB dan Slogan Ubah Najib Razak juga merupakan faktor kekalahan kepada UMNO dan BN.”

Kerajaan BN tidak berupaya menjelaskan dengan baik mengenai penglibatan Kerajaan serta Perdana Menteri terhadap Skandal Kewangan tersebut.

Seperkara lagi, timing atau pun waktu yang salah turut dilihat sebagai faktor penyumbang kepada kekalahan UMNO dan tamatnya era pemerintahan BN sebagai kerajaan.

“PM Najib Razak memilih waktu yang salah untuk mengadakan PRU pada bulan Mei 2018 kerana menunggu siapnya persempadanan semula kerusi-kerusi Parlimen.

“Walaupun tiada penambahan kerusi Parlimen, persempadanan semula telah dilakukan di beberapa tempat.

“Ingatkan ini akan memberi sedikit kelebihan atau advantage kepada BN di Negeri Selangor dan Perak tetapi sebaliknya, ia menambah rosak persepsi rakyat terhadap Kerajaan pimpinan Najib Razak ketika itu,” jelas beliau.

Sebaik-baiknya, kata Saiful, PRU-14 diadakan pada bulan September atau Oktober 2017 selepas Sukan SEA dan ketika parti-parti pembangkang belum lagi bersedia manakala negara berada di dalam FEEL GOOD FACTOR. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button