Politik
[RASMI] Anak Noh Omar menang di Permatang
Anak kepada Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.
Menurut laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon Perikatan Nasional (PN) itu menang dengan majoriti 1,728 undi menewaskan pencabarnya, Mohd Yahya Mat Sahri atau dikenali sebagai Pakya yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Anak sulung Noh itu memperoleh 12,850 undi, manakala Pakya 11,122 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Permatang dimenangi calon PKR, Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas).
Rozana memperoleh 9, 208 undi menewaskan Sulaiman yang mendapat 8, 050 undi dan Muhammad Jafaruddin meraih 2,746 undi.