Politik

Ramalan Tun M: UMNO akan berkubur pada PRU16

NEGARAWAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO bakal berkubur pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika terus bekerjasama dengan DAP sambil merujuk kepada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Terengganu yang menyaksikan undi diterima parti itu terus merosot.

Pada PRK Kemaman Sabtu lalu, PAS menerusi calonnya, Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Parlimen itu dengan majoriti 37,220 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Raja Affandi mendapat 27,778 undi, lebih rendah berbanding 38,535 undi yang diterima Datuk Seri Ahmad Said pada PRU15.

“Kemaman menunjuk bahawa sokongan kepada UMNO merosot lagi. Selagi UMNO bersekongkol dengan DAP, sokongan kepada UMNO akan terus merosot.

“Dalam PRU16, UMNO akan hapus sama sekali,” kata Mahathir dalam kenyataannya.

Bekas perdana Menteri itu juga berkata, pemisahan UMNO daripada DAP antara usaha yang boleh menyelamatkan parti Melayu itu selain kembali kepada perjuangan untuk bangsa, negara dan agama.

Katanya, pengundi muda ketika ini tidak lagi menyedari jasa dan peranan UMNO dalam memajukan negara daripada belenggu kemiskinan lampau.

“Pemimpin yang usang perlu digugurkan…dan masalah Melayu perlu diperjuangkan semula. Khusus berkenaan kemiskinan orang Melayu,” kata Tun yang juba bekas Presiden UMNO. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button