Acara

Raja Puan Muda Perlis terima mengadap ahli Persatuan Amal Azzahra Negeri Perlis

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menerima mengadap ahli-ahli Persatuan Amal Azzahra Negeri Perlis di Galeri DiRaja Arau.

Deligasi persatuan ini seramai 8 orang merupakan isteri-isteri kepada Wakil Rakyat Perikatan Nasional Negeri Perlis yang diketuai oleh Najwa Othman yang merupakan isteri kepada Menteri Besar Perlis.

Sesi mengadap dan sesi santapan petang ini adalah bertujuan untuk mendapatkan tintah pandangan dan bertukar fikiran dengan Baginda berkaitan penglibatan wanita dalam perkembangan dan kemajuan negeri Perlis.

Tuanku Lailatul Shahreen Akashah menzahirkan agar persatuan-persatuan Wanita di negeri ini akan terus diperkasakan dengan mengambil bahagian serta menyumbang buah fikiran dalam pelbagai sektor-sektor utama di negeri ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button