Berita

Punca Raja Petra meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah

PENULIS blog terkenal, Raja Petra Kamarudin dikhabarkan telah meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) di usia 74 tahun malam  tadi.

Berita pemergian itu disahkan oleh abangnya sendiri iaitu Raja Idris pagi tadi.

”Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa adik kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada Isnin (9 September) di Manchester, UK,” katanya dalam teks ringkas kepada FMT.

Menurut isterinya di hantaran Facebook Malaysia Today, Marina Lee Abdullah Allahyarham meninggal dunia kerana jangkita kuman dalam darah.

”Semoga Allah letakkan beliau bersama roh syuhada dan orang salihin,” katanya.

Suaminya telah meninngal dunia pada pukul 11.26 malam semalam.

Raja Petra yang menetap di Manchester UK sejak beberapa tahun lalu aktif menulis dan menyuarakan pandagan mengenai politik Malaysia di platform digital dan mengendalikan laman web Malaysia Today.

Allahyarham merupakan ahli kerabat diraja Selangor dan juga anakanda saudara kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Allahyarham berkahwin dengan Marina Lee Abdullah pada 14 April 1973 dan mempunyai lima anak dan dua orang cucu.

 

Raja Petra pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 dan 2008

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button