Acara

Raja Perlis terima kunjungan hormat Muhyiddin

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan mengadap Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wad Diraja, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Turut berangkat adalah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama adalah isteri kepada Tan Sri Muhyiddin iaitu Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman.

Sesi sembah mengadap oleh Tan Sri Muhyiddin adalah bertujuan untuk menziarahi Tuanku Syed Sirajuddin yang telah menjalani pembedahan kaki kanan pada penghujung bulan Mei yang lalu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button