Acara

Raja Perlis berkenan terima mengadap delegasi Brunei

ARAU 25 Mac – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap delegasi dari Brunei Darussalam yang diketuai oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar di Istana Arau pada malam semalam.

Turut berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Delegasi Brunei Darussalam tersebut turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Datuk Paduka Seri Awang Haji Halbi Haji Mohd Yussof, serta Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud Haji Saidin.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Datuk Paduka Awang Haji Rosli Pehin Orang Kaya Shahbandar Datuk Seri Paduka Haji Md Salleh, serta Timbalan Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri dan Pemangku Grand Chamberlain, Pengiran Haji Raffizanna Pengiran Haji Razali.

Majlis menghadap ini diadakan sempena menyembah Warkah Balasan kepada Tuanku Syed Sirajuddin susulan Warkah Persilaan Berangkat ke Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis pada 17 April 2025 ini di Istana Arau. Warkah tersebut telah dipersembahkan kepada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, dalam satu majlis di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 28 Januari yang lalu.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button