Acara

Raja Perlis berkenan santap di kediaman Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Malam di Seri Mutiara, Kediaman Rasmi TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, George Town pada malam semalam.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi sama oleh Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid disambut oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Utama Khadijah Mohd Nor.

Turut berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda puteri kedua Baginda, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Menurut kenyataan Istana Arau, majlis santapan malam yang di hoskan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi meraikan Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah berangkat ke Pulau Mutiara itu pada kali ini sempena Istiadat Konvokesyen Ke-62 Universiti Sains Malaysia (USM) .

Di majlis tersebut Tuanku Syed Sirajuddin merangkap Tuanku Canselor USM telah berkenan menganugerahkan kepada Tun Ahmad Fuzi Ijazah Kehormat Doktor Perhubungan Antarabangsa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button