Acara

Raja Perempuan Perlis terima kunjungan rombongan Perkep

KANGAR 21 Ogos – Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menerima undangan bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) di Mes Pegawai Kanan PDRM di Jalan Raja Muda, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi PERKEP Malaysia yang juga isteri kepada Ketua Polis Negara IG Tan Sri Razarudin Husain iaitu Puan Sri Zainah Othman.

Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Datuk Zalena Mohd Ariffin dan pengerusi-pengerusi PERKEP Jabatan PDRM.

Majlis ini telah dianjurkan oleh PERKEP Malaysia dengan kerjasama Persatuan Isteri, Anak -Anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) Pusat Koreksional Perlis, Persatuan Wanita Kastam Negeri Perlis (PEWAKAS) serta Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Perlis.

Tuanku Tengku Fauziah berkenan untuk meluangkan masa beramah mesra bersama ahli-ahli PERKEP yang hadir serta persatuan-persatuan wanita lain yang turut terlibat dalam majlis ramah mesra tersebut.

Majlis pada petang itu turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh selebriti lagenda terkenal tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim yang menghiburkan para tetamu yang hadir.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button