NasionalNegeri

Raja Muda Perlis terima mengadap Timbalan Menteri MITI

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam Pauh Putra, Arau hari ini.

Semasa berbincang mengenai pelaburan dengan Chin Tong, Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap MITI dapat membantu Perlis sepenuhnya dalam aspek pelaburan bagi merancakkan lagi ekonomi negeri ini sama ada pelaburan dari dalam mahu pun dari luar negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra semasa menerima mengadap Chin Tong berkenan berbincang supaya MITI membantu pelaburan di Perlis.

Baginda memohon agar pihak MITI dapat memberi nasihat yang berterusan kepada Perlis berdasarkan pengalaman dan kepakaran pihak MITI dalam mengendalikan pelabur.

Raja Muda juga berharap supaya MITI dapat membantu membuat pendedahan yang meluas tentang peluang-peluang pelaburan yang ada di negeri Perlis kepada pelabur-pelabur luar.

“Dengan pendedahan tentang aspek pelaburan di negeri Perlis ini dapat dikembangkan dengan lebih jauh lagi,” titah Baginda.

Pada masa yang sama titah Baginda, ia akan dapat memperkuatkan jaringan dan hubungan antara pelabur bersama pihak MITI dan negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima mengadap Chin Tong di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kampus Alam Pauh Putra, Arau hari ini.

Sekaligus titah Baginda, ia dapat memperkasakan lagi projek-projek yang ada di negeri Perlis agar pelabur lebih berminat untuk masuk melabur.

Titah Baginda, MITI juga boleh berkongsi dengan Perlis melalui visi dan misi terutama pelan jangka panjang untuk terus memastikan kaedah pelaburan di negeri Perlis kekal relevan dalam mencari peluang menambah pelabur luar untuk masuk ke negeri ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button