Agama

Raja Muda Perlis saran rakyat ambil pengajaran daripada konflik dunia

KANGAR – Rakyat digalakkan untuk mengambil iktibar daripada pelbagai konflik yang berlaku di dunia dengan memastikan kesejahteraan negara terus dipertahankan melalui sikap saling hormat-menghormati dan mengamalkan nilai-nilai Islam yang menekankan keadilan serta kasih sayang.

Umat Islam diseru untuk memperkukuhkan ilmu mengenai sejarah Islam serta mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Muhammadi Sungai Adam Jejawi baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Majlis tersebut dianjurkan bagi menyalurkan bantuan berbentuk kewangan kepada Anak-Anak Kariah dari golongan yang kurang berkemampuan dan juga asnaf di negeri ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan untuk menyerahkan sumbangan MAIPs sebanyak RM700 secara tunai melbatkan 75 orang penerima daripada Anak Kariah Sungai Adam dan 75 orang lagi penerima dari Anak Kariah Jejawi Dalam. Jumlah penuh diagihkan MAIPs pada sesi ini ialah RM105,000.

Para asnaf yang terlibat juga berpeluang untuk menyaring kesihatan secara percuma. Penerima juga dikongsikan dengan ceramah ‘Jauhi Najis Dadah’ daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis dan ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ dari pihak MAIPs.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button