Raja Muda Perlis rasmi Richiamo Ampang Park
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian pengoperasian Richiamo Coffee yang terletak di MRT Ampang Park, Kuala Lumpur pada malam semalam.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Muhamad Zamry Abu Samah,
Tuanku Raja Muda diiringi sama anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.
Richiamo Coffee Sdn Bhd, pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee membuka cawangannya yang ke-176 di Stesen MRT Ampang Park yang dikendalikan oleh Coffee Brew Sdn Bhd.
Richiamo Coffee merupakan jenama tempatan milik 100 peratus bumiputera. Ia mula beroperasi pada tahun 2015 dan kini telah melebarkan sayap ke seluruh negara. Sehingga kini ia mempunyai cawangan di seluruh negara termasuk sebuah di Siem Reap, Cambodia.
Muhamad Zamry mempersembah maklumkan kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra bahawa sambutan yang diterima setakat ini amat menggalakkan untuk membuka cawangan-cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara.
Bagi menambah baik kehadiran jenama Richiamo di seluruh negara, syarikat berkenaan amat memilih dan menapis permohonan agar tidak bertindih dengan cawangan-cawangan yang sedia ada.
GALERI FOTO