Ekonomi

Raja Muda Perlis rasmi Me’nate Pulau Pinang

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Restoran makanan Barat terkenal, Me’nate Steak Hub di George Town, Pulau Pinang semalam.

Cawangan baharu ke-11 restoran berkenaan mula beroperasi pada jumaat 27 Januari 2023 petang di alamat No 20, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Operasi Palace Butcher Resources Sdn Bhd (PBRSB) sebagai pengendali Restoran Me’nate Steak Hub iaitu Syed Ashraf Syed Ali bersama-sama dengan dua lagi Pengarah Eksekutif PBRSB iaitu Azuan Arif Tan Sri Mohd Ariffin dan Syed Omar Syed Abdullah.

Berangkat sama adalah anakanda-anakanda baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Menurut Azuan Arif pembukaan Me’nate Steak Hub Penang ini adalah sejajar dengan perancangan pihaknya untuk memperluaskan lagi jenama tersebut. Pada tahun ini restoran itu merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara dengan London, United Kingdom dan Cape Town, Afrika Selatan sebagai lokasi sasaran utama selain beberapa buah lagi di dalam negara khususnya di Lembah Klang serta di Pantai Timur iaitu Kuantan dan Kuala Terengganu.

Azuan turut menambah bahawa pihak pengurusan syarikatnya Menjunjung Setinggi Kasih kehadapan Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis beserta anakanda-anakanda baginda yang sudi melapangkan masa berangkat hadir menyempurnakan perasmian tersebut pada kali ini.

Me’nate Steak Hub adalah merupakan sebuah restoran makanan Barat berasaskan stik daripada pelbagai jenis daging yang kesemuanya diimport dan juga masakan ala Itali.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button