Acara

Raja Muda Perlis berkenan berangkat melawat TUDM Subang

SUBANG 24 Feb. – Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Masro Kaliwon TUDM dan Komander Pangkalan Pengkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Yusri Jamari TUDM.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Zahani Hj. Zainal Abidin TUDM, bersama Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah (B) dan Panglima 10 Briged PARA Tentera Darat Malaysia, Brigedier Jeneral Khairul Shoib.

Lawatan ini diadakan bersempena program Kayuhan TTG Kuala Lumpur yang diketuai sendiri oleh Baginda di sekitar Shah Alam.

Sepanjang lawatan, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah telah dipersembahkan taklimat khas mengenai aset-aset pesawat milik TUDM. Antara pesawat yang dipamerkan ialah A400M, C130H, CN 235 dan Beechcraft.

Sebagai rekod, Pangkalan Udara TUDM Subang ditubuhkan bagi menyokong operasi logistik dan penerbangan taktikal. Pangkalan ini turut memainkan peranan penting dalam misi kemanusiaan serta bantuan bencana di dalam dan luar negara.

FOTO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button