Nasional

Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis bawa mangkuk tingkat ke bazar Ramadan

Sebagai salah satu usaha bagi mengelak pembaziran tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil membawa mangkuk tingkat ketika membeli juadah di bazar Ramadan di Kangar, hari ini.

Justeru baginda bertitah mengingatkan rakyat di Perlis supaya membawa sendiri bekas makanan seperti mangkuk tingkat semasa membeli juadah.

Titah baginda, budaya tersebut mampu memberi kesedaran kepada masyarakat agar membeli mengikut keperluan yang bukan sahaja mampu mengawal perbelanjaan sebaliknya mengelak pembaziran makanan.

“Selain itu, amalan itu juga dapat mengurangkan penjanaan sampah plastik selain kebersihan persekitaran dapat dipelihara.

“Ciri-ciri seperti ini melambangkan masyarakat bermentaliti kelas pertama,” titah baginda selepas mengunjungi bazar Ramadan Mata Ayer titah baginda.

Dalam pada itu, besar harapan Tuanku Syed Faizuddin agar rakyat dapat mengikut jejak langkah tersebut.

“Diharapkan mesej ini dapat memberi kesan dalam kalangan pengunjung bazar agar membawa sendiri bekas untuk mengisi juadah makanan. Saya yakin amalan ini selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar selain meningkatkan kualiti kehidupan,” titah baginda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button