Hiburan

Puteri Sarah tegas tetap saman Nazatul Nazira kerana fitnah ambil dadah

PELAKON kontroversi Puteri Sarah Liyana tetap akan terus menyaman terhadap bekas pekerjanya iaitu Nazatul Nazira sebanyak RM1 juta.

Menurut laporan Gempak, Sarah sudah memfailkan dua sama iaitu saman firnah dan pecah Amanah, beliau juga yakin berada di pihak yang benar selalin mahu memperjuangkan haknya.

“Saya mahu perjuangkan kedua-dua itu yang saya tunggu dari tahun lepas. Tengok ada atau tidak jalan penyelesaian. Kalau tiada teruskan kepada undang-undang.

“Sebelah sana berkeras, jadi pihak saya berkeras juga. Apa-apa pun kita nak dapatkan hak kita balik sebab kita di pihak yang benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya,” katanya.

Berdasarkan tangkap layar surat yang dikongsikan, pihak Sarah memfailkan saman tersebut disebabkan beberapa perkara termasuklah terdapat kenyataan berbaur fitnah dan tidak benar mengenai dirinya yang bertujuan menjatuhkan reputasinya.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, terdapat lima bukti kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram.

Antaranya adalah menuduh Sarah kepada dua orang anak itu  mengambil dadah, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelar Puteri Sarah seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadappekerja-pekerja.

Artikle Berkaitan :>

Kini bekas kakak ipar Ira Kazar pula bakal disaman oleh Puteri Sarah!

Kalau Sol tak nak lepaskan secara baik, Puteri Sarah bakal lantik Hakam

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button