Ekonomi

Public Bank lancar bab pembiayaan lestari penuhi komitmen ESG

Public Bank mempertingkatkan usaha memenuhi komitmen kelestariannya dengan pelancaran Hab Pembiayaan Lestari.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr. Tay Ah Lek berkata, “Komitmen teguh Public Bank terhadap matlamat kelestariannya terus ditunjukkan melalui tindakan harian kami.

“Ikhtiar untuk menubuhkan Hab Pembiayaan Lestari akan mengukuhkan dan menjernihkan lagi usaha kami ke arah objektif mencapai Karbon Sifar Bersih menjelang tahun 2050.”

Pelancaran Hab tersebut juga akan menyokong peralihan pelanggan Public Bank kepada amalan perniagaan yang lebih mampan.

Hab itu, yang memainkan peranan sebagai hab terpusat untuk pembangunan kapasiti, produk pembiayaan lestari, kalkulator impak kelestarian dan pengumpulan data untuk peminjam boleh diakses oleh orang awam melalui laman web https://pbsustain.com/.

Pelanggan boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan untuk mengira impak berkaitan kelestarian mereka seperti pelepasan Gas Rumah Hijau – Skop 1 dan Skop 2.

Pelanggan juga boleh mengira impak berkaitan kewangan seperti pelaburan yang diperlukan dan penjimatan kos daripada pelaburan dalam kenderaan elektrik dan tenaga solar.

Di samping itu, pelanggan boleh mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan pembiayaan melalui produk dan perkhidmatan berkaitan kelestarian Public Bank dan Public Islamic Bank.

Pilihan komprehensif pembiayaan lestari yang Bank tawarkan akan mempercepatkan komitmen Bank untuk mencapai RM100 bilion dalam pembiayaan lestari menjelang tahun 2030.

Public Bank juga bekerjasama dengan platform pengumpulan data luar untuk mengumpul dan memahami keperluan pelanggan. Usaha ini membolehkan Bank menyediakan sokongan khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam peralihan mereka kepada ekonomi rendah karbon.

Sementara itu, orang awam juga boleh mengetahui tentang inisiatif kelestarian Public Bank yang sedang berlangsung, serta melihat inisiatif dan aktiviti akan datang.

Untuk maklumat lanjut, e-mel kepada [email protected].

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button