Sukan

PSM mohon maaf bumbung Axiata Arena bocor

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf berhubung insiden tersebut yang mengganggu aksi Badminton Terbuka Malaysia semalam.

Masalah kebocoran itu kerana proses penggantian bumbung lama (sejak 1998) kepada yang baru telah dibuat pada pertengahan 2024.

Proses penukaran bumbung oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil masa setahun melalui kaedah tidak perlu menutup Axiata Arena bagi penganjuran acara.

PSM dengan kerjasama kontraktor telah melaksanakan kerja-kerja segera mengalirkan air ke tempat lain sejak pukul 4.30 petang dan gelanggang boleh digunakan semula pada
jam 8 malam.

Mereka juga memastikan masalah ini tidak berulang pada hari kemudian.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button