Nasional

Projek kereta api laju KL-Singapura disambung jika libatkan swasta

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura boleh disambung semula sekiranya dilaksanakan sepenuhnya oleh sektor swasta memandangkan kerajaan mempunyai keterbatasan dari segi kewangan.

Katanya, terdapat cadangan yang sedang dikaji oleh Kementerian Pengangkutan dan kerajaan masih menanti penyertaan sektor swasta untuk melaksanakan projek itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata kerajaan memutuskan untuk menangguhkan semua projek mega bagi memberikan laluan untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak seperti infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan, dan isu kemiskinan.

“Kami telah menetapkan bahawa isu pengurangan kemiskinan, mitigasi banjir, infrastruktur asas, pendidikan, dan kesihatan awam adalah keutamaan kami sekurang-kurangnya untuk satu atau dua tahun akan datang,” jelas beliau.

Sementara itu, Wong berkata kerajaan Singapura terbuka menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berkaitan pelaksanaan semula projek HSR KL-Singapura.

“Malang sekali kita tidak dapat meneruskan rancangan pada asalnya. Bagi kami, hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara kita sentiasa menjadi kelebihan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button