Nasional

Program perkasa jaringan telekomunikasi jalur lebar tidak capai matlamat

Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar masih belum mencapai matlamat yang disasarkan.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024, walaupun peruntukan kewangan yang besar namun ia masih belum mampu mencapai sepenuhnya matlamat untuk memperluaskan liputan dan ketersambungan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar.
Akibatnya ia Masalah ini, kata laporan berkenaan, telah menimbulkan pelbagai isu infrastruktur yang ketara.
Antara masalah yang iketengahkan ialah sebanyak 28 daripada 87 jajaran jalur lebar di Sabah dan Semenanjung Malaysia yang bernilai RM53.60 juta, tidak dilanggan dan tidak digunakan sejak tempoh siap antara 2013 dan 2017.
Sebahagian infrastruktur berkenaan juga dilaporkan dalam keadaan terbiar dengan sambungan talian kabel yang terputus dan peralatan yang rosak.
Laporan tersebut juga mendapati bahawa daripada 597 sampel sekolah yang diperiksa, sebanyak 337 sekolah masih menggunakan teknologi jalur lebar/satelit dengan kelajuan yang terhad, meskipun teknologi fiber telah disediakan di bawah projek Point of Presence (PoP) Fasa 1.
Laporan itu menyebut perkara berkenaan menunjukkan kelemahan dalam pelaksanaan projek yang sepatutnya meningkatkan kelajuan internet di sekolah-sekolah tersebut.
Bagi isu berkaitan langganan perkhidmatan internet di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang memuktamadkan Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Internet Bagi Agensi, Institusi Pendidikan dan Sekolah KPM untuk mengutamakan teknologi Fiber Point of Presence (PoP) bagi perkhidmatan internet di sekolah sebaik sahaja Projek Pakej Interim tamat.
KPM juga telah berbincang dengan Kementerian Komunikasi pada 4 April 2024 supaya Penyedia Perkhidmatan Internet Projek PoP menawarkan harga yang kompetitif kepada sekolah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button