Nasional

Program Jualan Keluarga Malaysia kini di Putrajaya

PAGI semalam YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, melakukan walkabout Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Presint 9, Putrajaya. Penganjuran PJKM pada minggu ini dilaksanakan serentak di 177 Parlimen di seluruh negara.

Pelaksanaan PJKM yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diadakan sebagai inisiatif Kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dari kalangan berpendapatan rendah.

Program ini merupakan kerjasama di antara KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) serta agensi-agensi di bawahnya dan rakan-rakan strategik dari sektor pemborong dan peruncitan dalam menangani situasi kenaikan harga barangan yang melanda dunia dan Malaysia.

Program ini juga dirancang untuk dilaksanakan dua kali sebulan untuk tempoh 3 bulan bermula 4 Disember 2021 hingga Mac 2022 merangkumi kesemua 222 kawasan parlimen di lokasi-lokasi yang akan ditentukan dan diumumkan kelak.

PJKM menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga sehingga 20% lebih rendah daripada harga pasaran setempat. Antara barang-barang yang dijual semasa program ini adalah ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan juga barangan yang telah diproses

Agensi Kerajaan dan Rakan Strategik dari kalangan pemain industri yang terlibat dalam PJKM di Putrajaya ini adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Legasi Z Sufi, MyDIN, Aeon Big dan Lotus’s.

PJKM diharap dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan isi rumah.

KPDNHEP mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa beretika mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Kerajaan. Kerajaan menyeru agar rakyat bersabar dan terus bersama kerajaan dalam waktu sukar yang luar biasa ini yang turut melanda dan memberi kesan kepada rantaian bekalan dunia dan negara.

Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan tiada elemen pencatutan dalam pasaran.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau penyaluran aduan, orang ramai khususnya boleh lakukan ke talian whatsapp di 019- 279 4317, Portal Aduan; e-aduan.kpdnhep.gov.my atau melalui email ke e- [email protected].

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button