Ekonomi

POMEN perkenal ENGARAGE transformasi pengurusan bengkel

POMEN Autodata Sdn. Bhd. (POMEN) mengumumkan pelancaran ENGARAGE, sebuah Sistem Pengurusan Bengkel Bersepadu yang direka untuk membantu bengkel automotif dan pusat servis membina hubungan pelanggan yang berkekalan dan menggalakkan mereka datang semula. ENGARAGE boleh diakses secara atas talian selagi mempunyai talian internet memandangkan ia dibina sepenuhnya menggunakan Amazon Web Servis.

Berasal daripada perkataan “Engage” dan “Garage,” ENGARAGE membolehkan bengkel lebih faham kehendak pelanggan iaitu pemilik kereta, berhubung secara langsung dengan mereka dalam memastikan perniagaan lebih maju. Sistem ini menyediakan maklumat perniagaan yang komprehensif seperti maklumat jualan, inventori alat ganti, alat pemasaran, data pelanggan serta kereta, kewangan dan prestasi mekanik, termasuk akan memperkenalkan e-Invois yang bakal diwajibkan oleh LHDN dalam kemas kini akan datang.

“Kami menjangkakan pendaftaran baru dari 3,000 bengkel di seluruh Malaysia menjelang Mac 2025, dengan sasaran pendapatan tambahan sebanyak RM3,000,000,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas POMEN, Syed Zulhilmi Tuan Sharif,.

Beliau juga menambah bahawa ENGARAGE menawarkan fungsi khas kepada bengkel dalam memastikan pelanggan mendapat maklumat secara langsung  dalam memberi pengalaman terbaik  dari awal hingga akhir. Ini termasuk pengurusan dari tempahan dan sebut harga hingga pemeriksaan, penjejakan status, invois, dan proses pembayaran. Ini bagi memastikan pemilik bengkel dapat memberikan perkhidmatan yang lancar dan terbaik kepada pelanggan mereka.

Sistem ini menyediakan data dan analisa secara langsung, membolehkan perniagaan membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan data yang terkini. Ia bakal membantu bengkel dalam mengenal pasti trend terkini, meningkatkan operasi, dan akhirnya mendorong pertumbuhan perniagaan. ENGARAGE juga merangkumi alat pemasaran untuk pemilik bengkel menjalankan promosi untuk pelanggan mereka, QR kehadiran mekanik, dan analisis pergerakan alat ganti. Lebih mudah lagi, ia hadir dengan aplikasi mobil ENGARAGE yang tersedia untuk platform Apple iOS dan Android.

Sistem ini membolehkan pengurusan bengkel dari mana-mana tempat pada bila-bila masa. Memandangkan ia dibina di penstrukturan awan, ini membolehkan pemilik bengkel mengawasi dan mengawal selia operasi mereka dari jauh, memastikan fleksibiliti dan pengurusan perniagaan yang berterusan.

Syed Zulhilmi menekankan, “Dengan ENGARAGE, visi kami adalah untuk mentransformasi industri bengkel automotif dengan melengkapkan pemilik bengkel dengan teknologi terkini untuk kekal kompetitif. Sistem ini berpotensi menetapkan tanda aras baharu untuk pengurusan bengkel bukan sahaja di Malaysia, tetapi pada skala global.”

POMEN baru-baru ini menerima CIP Sprint, geran pengkomersialan daripada Cradle berjumlah RM500,000. POMEN adalah salah satu daripada 11 syarikat pemula untuk program ScaleUp Malaysia Kohort 2 yang menerima pelaburan sebanyak RM250,000. Sebelum itu, POMEN cemerlang dalam SITEC Selangor Kohort 2.0, muncul sebagai pemenang program tersebut. Pada masa lalu, POMEN telah menerima dana CIP Ignite (II) daripada Cradle, menerima RM500,000 dan menjadi pemenang PETRONAS FutureTech Accelerator Program, yang membawa mereka ke Global Immersion Program di San Francisco.

ENGARAGE boleh digunakan secara percuma dan boleh didaftarkan oleh mana-mana pemilik bengkel di www.engarage.io. –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button