Hiburan

Polis sahkan Along Cham ditahan, disyaki miliki ganja

POLIS mengesahkan selebriti lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki memiliki ganja dalam serbuan di sebuah rumah di Cyberjaya pada Sabtu lalu adalah pelawak terkenal, Along Cham.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, memaklumkan bahawa pelawak berkenaan, yang nama sebenarnya adalah Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41 tahun, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, hari ini untuk mendapatkan perintah reman. Tindakan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” kata Norhizam ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti berusia 41 tahun ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. Serbuan dilakukan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, di mana polis menemui bahan dipercayai ganja.

Kes ini kini dalam siasatan lanjut, dan perkembangan terkini akan dimaklumkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button